Senin, 27 Februari 2017

Kisah Peneguh Iman: Sahabiah- Ummu 'Umarah Rodhiallohhu ‘anha

Setujukah Anda salah satu cara menyampaikan pesan yang efektif adalah melalui kisah? Siapa diantara kita yang tidak menyukai mendengar sebuah kisah? Dari kecil hingga dewasa sebagian besar orang masih senang dan gembira mendengar kisah yang mengambarkan keberanian, kepahlawanan, pengorbanan, perjuangan, keteguhan, mempertahankan iman dan membela islam.

Semua sifat yang kita bicarakan diatas biasanya dimiliki oleh kaum adam (laki-laki).  Tetapi, bagaimana jika sifat-sifat keberaniaan dan kepahlawanan itu dimiliki oleh seorang wanita? Mari kita simak ceritanya. Semoga mampu mencerahkan dan membakar semangat kita untuk lebih banyak berbuat untuk dakwah islam.

Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim Rodhiallohhu ‘anha  telah dirahmati dengan berbagai kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud.

Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari kulit kambing) untuk mengisi air.

Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam. Pada masa yang sama sebilangan pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar - melihat pasukan Quraish mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar perintah Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam  supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.

Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan ke atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam  bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat ra . Di kalangan mereka ini termasuklah Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha .

Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  kemudian berlari ke arah Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam   , bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya.

Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    menyadari yang Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   tidak mempunyai perisai kemudian baginda Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    memerintahkan kepada salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   mempertahankan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    menggunakan busur, anak panah dan juga pedang.

Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata, “Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan mereka, insya-Allah.”

Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan perangi mereka, anakku!”

Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Ummu ‘Umarah!”

Tiba-tiba lelaki yang telah melukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang melukai anaknya. Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   dengan berani menantang lelaki tersebut, yang menurut anak Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   sendiri, adalah seperti pohon perdu yang besar. Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut.

Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu ‘Umarah!” Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    kemudian berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat menuntut balas.”

Pada satu ketika, Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    telah tertinggal seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam    sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr ra, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam   .

Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berjaya melukai bagian leher Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  , dan meninggalkan luka yang parah.

Rasulullah Sholaullohhu ‘alaihi Wassalam terus memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  , memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka.

Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha, bila menyadari Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam  menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam di syurga nanti.

Setelah Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam berdoa, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa saja yang menimpaku di dunia ini!” Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   menerima tiga belas luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   menyebabkan semua para Sahabat ra menghormati beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa mempehatikan keadaan beliau.

Umar ibn Khattab Rodhialluhhu ‘anhu telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar Rodhialluhhu ‘anhu sebaiknya memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar Rodhialluhhu ‘anhu, Safiyya bint Abu ‘Ubayd.

Umar Rodhialluhhu ‘anhu walau bagaimana pun tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih behak keatasnya - Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b Rodhiallohhu ‘anha  .”

Umar Rodhialluhhu ‘anhu kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam  melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha   sedang bertarung di hadapan baginda Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam.

Inilah kehidupan Ummu ‘Umarah Rodhiallohhu ‘anha  , pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah Sholaullohhu ‘Alaihi Wassalam  di syurga.

Semoga Allah SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian. 

Gambat: dream

Jakarta, 30 Jumadil Awal 1438 H

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Terima Kasih telah singgah! Semoga kita segera berjumpa lagi. Saya memberi hormat atas dedikasi dan komitmen Anda untuk terus tumbuh menjadi pribadi yang lebih baik. Saya menantikan suatu waktu untuk dapat berjumpa dengan Anda suatu hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...